Thursday, April 22, 2010

no way..acne again!!!

ya ampunnn,sakitnye dahiku ini time tengah sujud (dalam solat).lepas solat cepat2 tengok cermin.haa,memang dah agak..ada 'gunung berapi' baru nak tumbuh di situ.bukan satu je tapi ada la dalam dua,tiga dan empat.amboiii,acne ni komplot nak tumbuh pada waktu yang sama ke??time orang sibuk nak exam lah nak tumbuh.seperti kebiasaannya,sudah pasti saya akan cuba sedaya upaya untuk me'mampos'kan (perkataan yang agak kasar nampaknya di situ) or mengecutkannya dengan secepat yang mungkin.sebenarnya banyak petua untuk mengecutkan acne ni.pilih sahaja yang mana berkenan di hati..

TIPS MENGECUTKAN ACNE:

1. bubuh krim temulawak (krim ni bekas dia kaler hijau) kat acne tu.dalam masa beberapa jam sahaja,insyaAllah acne akn mengecut or kering.macam mana saya tahu??oh,mestilah saya tahu sebab inilah petua saya untuk mengecut or mengeringkan acne.dah banyak kali saya buat eksperimen.memang berkesan-->sila baca dengan penuh keyakinan ye..

2. bubuh krim oxy.boleh diperoleh dalam tiga jenis.ada oxy 5,oxy 10 dan lagi satu tak ingatlah nama dia apa.senang diperoleh dari guardian dan watsons.tak tahulah sejauh mana tahap keberkesanannya.saya pernah pakai,tapi macam xde kesan apa2 pon.tak tahulah,mungkin acne saya ni kebal kot..ahha,boleh ke camtu??

3. letak hirisan bawang putih.tapi,saya x dapatlah nak bayangkan macam mana rasanya bila letak bawang putih tu kat acne.mesti pedih kaw kaw punya.yela,bawang kan panassss..

4. letak ais.sape pernah try??tak pun..letak lendir aloe vera ke.ada juga orang cakap letak cinnamon pon berkesan.eh2,cinnamon dalam bahasa melayu apa ye??hahaha..

kesimpulannya,tips2 di atas adalah antara tips yang berkos rendah.yela,sebab senang didapati dan harga pon RM10 dan ke bawah sahaja.korang kan suka barang yang murah2 kan?kan?kan??alalalalalaaa..hakhak..saya pon suka jugakkkk..hihi..daripada tips2 di atas ni,sudah pastilah saya mencadangkan tips yang nombor 1 tu.haa,oklah cukup sampai di sini saja.saya nak bubuh krim temulawak kat acne saya ni:))

*kepada yang memiliki kulit muka yang sensitif,sila berhati-hati di dalam memilih produk untuk mengecutkan acne.

No comments: