Monday, March 14, 2011

Makan LOBAK MERAH Untuk Tampil Lebih Menarik

hi assalamualaikum :)
uol's nak kelihatan menawan tak? haa, mesti nak kan. saya ada terbaca info berkenaan lobak merah........

''Jika anda ingin kelihatan lebih menawan, apa kata kunyah saja lobak merah. berdasarkan kajian saintis berpendapat, lelaki dan wanita yang berkulit putih berseri lebih menarik dan sihat. dan pigmen yang dikenal pasti menjadi punca situasi ini adalah karatenoid yang boleh ditemui pada sesetengah buah dan sayur seperti lobak merah dan plum. tidak perlu lama, cukup selama dua bulan kesannya boleh dilihat. saintis berharap melalui cara ini, ia secara tidak langsung menggalakkan golongan muda untuk mengambil lebih buah dan sayur dalam sajian mereka. malah ia lebih mudah berbanding menggesa orang ramai melebihkan buah dan sayur demi kesihatan jantung!''
(sumber: majalah iSIHAT, Mac 2011)

kalau uol's nak tahu, saya suka tau makan lobak merah. but no no no! bukan dengan cara kunyah begitu sahaja. saya suka buat jus lobak merah. blender lobak merah pastu campur susu pekat manis sikit. baru ada ummpphh!! macam gambar kat bawah ni...


kalau pegi kedai, saya suka order jus lobak merah. tak, bukan kedai runcit.eh tolonglah! mestilah order kat kedai makan. takkan order jus lobak merah kat kedai runcit..hehe.

antara khasiat lain lobak merah adalah:
  1. karotin yang terkandung di dalam lobak merah boleh menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser.
  2. berupaya mengurangkan kandungan gula dalam badan, mengubat kencing manis, penyakit jantung, gout dan masalah penghadaman.
  3. berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing dan memecahkan batu karang.
  4. baik untuk kesihatan mata (penglihatan).
okay, cukup sampai di sini sahaja. jumpa lagi di entri yang akan datang.daa :)

1 comment:

estee_8980 said...

salam...
saya pn baru berjinak2 buat sendiri jus lobak kat rumah...

jemput singgah ke blog saya dan kalau sudi jemput jadi follower saya di : estee8980.blogspot.com
salam perkenalan....