Monday, April 11, 2011

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

hmm, apabila berbicara tentang ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, saya percaya ramai yang sudah tahu tentang perkara ni. lebih-lebih lagi ada lagu berkenaan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid Rabbani. 5 perkara tersebut adalah:-

1. Sihat sebelum sakit.
2. Muda sebelum tua.
3. Kaya sebelum miskin.
4. Lapang sebelum sempit.
5. Hidup sebelum mati.

Bagi saya, 5 perkara ni menekankan tentang pentingnya membuat perancangan. perancangan apa? perancangan menempuh 5 perkara yang selepasnya. perancangan yang kita buat semasa masih sihat, muda, kaya, lapang dan hidup untuk menempuh keadaan apabila kita sakit, tua, miskin, sempit dan mati. eh, awak boleh faham kan apa yang sedang saya sampaikan ni? hihi.

baiklah, biar saya ambil satu point dari 5 perkara tersebut dan beri contoh dari perspektif seorang pelajar. saya ambil point nombor 4 iaitu lapang sebelum sempit. lapang sebelum sempit merujuk kepada masa yang ada. sebagai pelajar, sudah pasti mempunyai banyak assignment. kebanyakan pelajar suka buat assignment last minute walaupun assignment tu dah dapat 'berkurun' yang lepas, betul tak? alalala, tak nak mengaku pulak.haha. itulah yang dipanggil sebagai procrastinating...atau dalam bahasa melayu, bertangguh. tak best tau kalau buat assignment last minutes ni...stress! moralnya, buatlah assignment anda semasa anda mempunyai masa lapang untuk membuatnya. sekian :)

No comments: