Thursday, May 26, 2011

FESYEN APA YANG KAU PAKAI NI??

Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak (bodoh)
Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat-ketat (bodoh)
Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula (bodoh)
Mana ke tidak masyarakat kita dipandang rendah (bodoh)

~Hafiz As'ari- Minah Tudung~

Okay, you all pernah dengar tak lagu yang mempunyai lirik seperti di atas? first time aku dengar lagu tu time form 5 dulu. hm almost 5 years ago?? wow, dah dekat 5 tahun rupanya aku tinggalkan zaman persekolahan! --> sila baca dengan nada pura-pura terkejut. first time dengar memang agak menyirap lah kan, coz lirik dia agak kasar and straight to the point. tapi lirik dia adalah realiti di zaman sekarang. hm yang part pakai t-shirt tu aku tak setuju dia kata bodoh. coz tak salah kot pakai t-shirt as long as that t-shirt is longgar dan tidak jarang.

Actually, aku dah lama nak buat entry pasal bab pakaian ni. tapi aku hold dulu coz rasa macam tak sempat nak update blog. so, now is the time to write about pakaian-pakaian thing. haa yela aku mengaku yang aku bukannya bagus sangat dalam bab berpakaian. still tak 100% menutup aurat. tapi aku mahu dan cuba memperbaiki cara aku berpakaian.

Aku faham setiap perempuan mahu dirinya kelihatan cantik menarik tertarik kaw memang da bomb. SEKARANG NI AKU NAK CERITA BERKENAAN PEREMPUAN YANG BERTUDUNG.

aku tak faham kenapa ada perempuan yang pakai tudung tapi pakai legging. pastu pakai inner yang rata-ratanya agak ketat dan dipadankan dengan baju yang takde lengan??


aku juga tak faham dengan iklan produk untuk kuruskan badan. gambar before and after sangat berbeza okay. kalau gambar before guna produk tu boleh je pakai pakaian yang sopan tapi kenapa gambar after guna produk tu mesti nak kena gambar yang opposite to pakaian yang sopan?? bajet nak tunjuk body awak yang dah lawa letteww~


dan aku juga tak berapa nak faham kenapa perempuan zaman sekarang ni suka sangat sanggul tinggi-tinggi. at first aku ingat itu rambut yang disanggul. tapi aku pernah ternampak kat kedai, ada serkup yang memang dah siap ada bonjol seolah-olah sanggul.


ada banyak lagi yang aku tak faham. tapi cukuplah sampai di sini sahaja. so, kalau semuanya aku tak faham, apa je yang aku faham?? aku faham...perempuan yang bertudung tetapi berpakaian dengan pakaian yang tidak sesuai, bukannya tak faham tentang aurat. tapi saje je pura-pura tak faham. kalau tak, tak merasalah untuk berpakaian macam tuh.

hm tak pun maybe perempuan tu bertudung untuk berfesyen sahaja. sebab tu lah tak kisah kalau pakai baju dan seluar yang ketat, sendat. sebab bukan untuk menutup aurat. kalau dah pakai baju, seluar sendat tu..apa kata takyah pakai tudung terus??

moralnya, kalau pakai tudung tu...pakailah baju, seluar yang sesuai. yang longgar. yang tak ketat. yang tak sendat. yang tak jarang. yang tak...haa what else? tak payah la nak ikut trend sangat. tak salah kalau nak ikut trend tapi pandai-pandailah bezakan yang mana boleh diikut dan yang mana tak boleh diikut.

i guess that's all for now.

tata :)

*i'm so sorry if ada yang terasa bila baca entry ni. that's the truth babe. oh ya, gambar ehsan dari google :D

6 comments:

nohfee said...

gosh..seriously yes. nohfee pon pelik gak dengan org yg cegini.

MJ said...

sume tu mangse fesyen..oh,btw bila ko nk abes intersesi hah?

Pak Ismail B Mustapa said...
This comment has been removed by the author.
Pak Ismail B Mustapa said...

mereka sengaja buat-buat tak tahu..

.............
Demi Kebaikan Sosial,
Ingin Berkongsi 2 Blog Anti-Maksiat Dengan Anda:
Blog Kempen Anti-Leggings
Blog Kempen Anti-WanitaSEKSA

ina said...

tp kn daya..kalau yg rmbt pnjg 2 cane plak ea?? rmbt tebal + pnjg..sy pnye kwn sorg cam2..rmbut pnjg gle + lebat..nk xnk dye kne wat sanggul gak..sdkt sbnyk mesti jd cam high bun 2..huhuu

miss enigma said...

hmm tp kan syaza..klu kwn syaza tu buat sanggul, kiter rasa takdelah sampai setinggi sanggul macam dlm gambar kat atas tu :)