Tuesday, June 14, 2011

typical MALAYSIAN.

orang Malaysia kuat makan. sepatutnya bila harga barang naik, kita akan kurangkan perbelanjaan untuk makanan. kalau kat negara lain, rakyatnya sanggup ikat perut sebab harga barang naik. tapi tak bagi orang Malaysia sebab harga barang naik atau tak...sama je. tak peduli sangat. awal-awal harga barang naik je merungut pastu kurangkan perbelanjaan itu ini. tapi sekejap je lah. lepas tu kembali kepada keadaan asal. tak percaya orang Malaysia kuat makan? ce tengok kedai mamak, tiap-tiap hari penuh je kan? maksud aku, penuh dengan pelanggan la, bukannya penuh dengan mamak tukang amek order dan tukang tebar roti tu =)

oh ya, aku mahu mengambil kesempatan ini untuk melahirkan rasa tak puas terhadap kenaikan harga roti..."eee geramnya, kenapa harga roti naik??!! tak payah la naikkan harga roti! dahla favourite aku tuh!". okay itu saja. apa-apa hal pun, tabiat membeli roti aku masih sama seperti sebelum harga roti naik. beli banyak-banyak! hihi =)

* post ini adalah berdasarkan cerita pensyarah subjek International Business aku. sekian.

2 comments:

MJ said...

hahahah...typical malaysian..=p

HaQiTa said...

haha~ye lah tuh..ok da xpyh beli roti lah :))