Tuesday, March 13, 2012

KISAH TUTTI FRUTTI.


Baiklah, merujuk kepada gambar di atas aku rasa korang mesti dah tahu apa aku nak citer. Dah berapa lama Tutty Frutti ni bertapak di Malaysia ye? Korang dah makan Tutty Frutti ni berapa juta kali?? Hehe. Frankly saying, hari ni first time aku try Tutty Frutti ni. Agak ketinggalan kan. But who cares. Memang tak reti la cane nak guna mesin Tutti Frutti tu, last2 orang kat situ yang amekkan untuk aku.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, agak2 berapa ringgit aku kena caj?? Dengan berat dalam 0.??? gram (err aku tak hengat la berapa gram..hihi), tiga perisa (coklat, vanilla dan red velvet), dan topping chocolate rice (warna coklat dan warna-warni)…jeng, jeng, jeng! RM9.54. Tapi aku bayar RM8.10 je sebab hari Selasa ialah Ladies Day. Ada discount lah tu kot. But still, ianya agak mahal sebab aku amek tak sampai separuh cup yang kecil (kaler oren) tu pun. Okay, fine, harga based on berat kan. Bukannya based on banyak atau sikit kita amek.

Bagi aku, perisa coklat dan red velvet, sedap. Perisa vanilla, tak sedap. Aku bawa Tutty Frutti ni balik ofis, nak dijadikan cerita…disebabkan kecuaian diriku ini, tadaaaa!! Tutty Frutti tertumpah kat baju! Aduih, tak pasal2 pakai ‘perfume’ bau Tutty Frutti..huhu..dan ianya juga merupakan satu pembaziran. Mana tak membazir, agak2 berapa kos Tutty Fruity yang tertumpah kat baju aku tu?? Berkiranya lah kan..hahah..


I guess that's all for now.


Cheers!~