Sunday, November 24, 2013

CINTA BARU.

Pelik,
buku-buku jenis ni memang pelik.
Ada ke orang yang nak baca buku-buku macam ni?
Bebelku sambil membelek buku-buku
di rak yang menempatkan
buku-buku keluaran indie publisher.

Tapi akhirnya, tanpa aku sedari
aku sendiri turut terjebak
dengan buku macam ni.. heh


Langit Vanilla oleh Wani Ardy,
Aku sendiri sebenarnya masih tidak percaya
yang aku ada buku ni dalam simpanan.

Gaya penulisannya santai, jujur
Yang penting ianya banyak berkaitan
dengan kehidupan,

Ceritanya realiti,
bukan fantasi
dan bukan juga yang diada-adakan.

Antara nukilannya yang aku suka adalah 
Preskripsi, 
Tak Boleh, 
Pencarian Penemuan, 
dan Nota dari North Ryde


Aku tinggalkan korang semua dengan 'Preskripsi'

Dunia ini menakutkan aku.
Terlalu banyak rasa sedih, marah, benci, dan syak-wasangka di sekeliling. Tak terkecuali hati sendiri. Aura negatif ini penyakit berjangkit. Ada yang dah kebas, sampai tak perlu bius untuk tahan sakit. Ada juga dah mula menampakkan simptom. Tapi aku malas nak tunggu diagnos dan preskripsi. Aku dah sedia maklum apa ubatnya.


Solat.


# Buku ini sebenarnya memberi inspirasi kepada aku supaya terus menulis. Prakatanya berbunyi,
  'Tulislah jangan tak tulis... Jangan takut, tulis saja yang kita suka. Kalau orang tak suka, tak apa        sekurang-kurangnya kita dahulu menyukainya. Baru orang lain'

1 comment:

MJ said...

aku antara org yg pelik2 tu..haha! tapi tak pelik pon sebnrnya.. beb! wani ardyyy kot! aaaaa byknye rasa buku nak beli..tapi tahan je la kang tak terbaca pulak. hehe.