Saturday, June 6, 2015

KEDAH DARUL AMAN.

Salam uolls!

Khamis & Jumaat baru ni, kami sekeluarga telah pergi ke Kedah. Misi kami adalah untuk mengangkut barang2 Nini *cokelat celup, celup celup* bawa balik rumah. Al maklum lah ini merupakan semester akhir Nini di UUM. First sem bawa 2, 3 beg je, last sem ni dah jadi 10 beg! Ok, over sangat. Takde la sampai 10 beg pun.. thehe

Bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi hari Khamis, sampai tempat penginapan dalam pukul 5.15 petang. Kami menginap di The University Inn, yang terletak dalam Universiti Utara Malaysia. Tempat penginapan agak selesa. Harga satu malam RM150. Ada 2 buah katil bujang yang diletakkan di dalam satu bilik. Katil King size pula diletakkan di ruang depan. Ada TV, ada peti sejuk mini, ada air-cond, ada heater. Toilet ok, cuma lantainya tak berapa kemas sebab batu marmar dah retak . But overall, all is okay.

Esoknya, pagi2 lagi sebelum pukul 9 pagi kami dah check-out. Ye la nak berjalan sekitar Kedah. Datang jauh2 dari Selangor takkan semata-mata nak angkut barang Nini je kan. Jadi, destinasi first kami ialah Padang Besar, Perlis. Menarik, sebab ada banyak gerai. Malangnya hampir semua gerai jual benda yang sama.. kerepek! Macam2 kerepek. Aku berhabis RM50 juga la untuk kerepek sahaja. Lepas tu ada la beli blouse sehelai, skirt labuh sehelai. Harga lebih kurang sama je macam kat Selangor. Tapi bila difikirkan yang aku ni jarang keluar rumah, haa beli je la kat sini. Ibu dan ayah beli macam2, dari cadar ke tikar lepas tu pemanggang ajaib, periuk kukus pun ada juga. 

Otw balik ke UUM, singgah makan kat kedai tepi jalan. Makan lauk kari itik. Rasanya memang perghhh.. two thumbs up! Murah pula tu. Sepanjang jalan nak balik ke UUM tu, ada banyak gerai tepi jalan yang jual buah mangga. Kat sini kan terkenal dengan mangga harum manis. Tapi musim mangga harum manis ni da habis dah. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa orang duk tergila-gilakan mangga harum manis ni. Ada member kat FB, siap mencari orang untuk beli mangga harum manis ni. Kalau beli banyak2 boleh dapat harga murah, macam tu la katanya. Sebenarnya apa bezanya mangga harum manis ni dengan mangga2 yang lain..? Bukan ke sama je rasanya, rasa mangga? Thehehee..

Destinasi kedua, Tanjung Dawai. Sebelum ke destinasi kedua ni, kami hantar Nini balik kolej. Tanjung Dawai ni kat tepi laut la, nama pun tanjung kan. Kat sini kami singgah di sebuah arked  yang menjual ikan masin, ikan pekasam, haa semua hasil laut la senang citer. Sebelum balik, sempat beli pisang goreng cheese + coklat. Bukan tak boleh beli kat Selangor, saja je nak rasa versi Kedah ni macam mana. 8 biji pisang = RM4.. Walaweyhh sedap tak hengatt! Cheese meleleh! Yang kat Selangor ni, 5 biji pisang = RM5, cheese terletak macam tu je tak meleleh pungg.. pisang pun ada rasa kelat.. huhu

Habis misi di Tanjung Dawai, kami terus balik rumah. Pukul 7.30 pagi tadi baru sampai rumah kutt. Okay tu je la ek. Gambar bawah ni, aku belanja korang. Chow & Salam! :)





No comments: