Tuesday, June 2, 2015

RESEPI OREO TRUFFLE.

Bertemu kembali.

Sebenarnya aku nak buat entry 'Wordless Wednesday' dengan memuat naik gambar Oreo Truffle.
Tapi apakan daya, gambarnya enggak bisa di transfer dari handphone ke laptop seterusnya enggak bisa
la untuk di upload di blog. Dapat?

Mari kita beralih ke plan B. 
Plan B aku ialah berkongsi resepi Oreo Truffle ni dengan uolss.
Duhh habis la diorang semua ni tahu resepi Oreo Truffle yang sedap tak hengatt ni *monolog*

Ahh sharing is caring kan? Ape ade hal.


Bahan2:

1. Biskut Oreo - 2 packet (terpulang nak perisa apa, aku guna yang vanilla tu jek)
2. Cream Cheese - 4/5 sudu besar (depends), aku guna brand Tatura.
3. Coklat - sekeping yang besar tu, aku suka guna Cadbury.

Cara2:

1. Hancurkan biskut Oreo dengan inti2 nya sekali sampai betul2 hancur. Aku guna blender, kalau ada food processor.. guna tu pun boleh.

2. Gaulkan biskut Oreo yang hancur tu dengan cream cheese. Gaul sampai betul2 sebati. Lepas tu bulat-bulatkan lebih kurang saiz guli kau tahu? Haa bulat-bulatkan besar sikit dari saiz guli tu. Kurang lebih la. Terpulang sebenarnya. Kalau nak bulatkan macam saiz bola golf pun takde hal.

3. Simpan dalam peti sejuk dalam 20 minit.

4. Agak2 nak dekat 20 minit tu.. cairkan coklat. Celup bola-bola Oreo tadi dalam coklat cair.. 
*Eh eh macam comel pula panggil bola-bola Oreo. Macam bola-bola api lagu Siti Nordiana dengan Arwah Achik Spin* 
Celup sekejap je tau, bagi bola-bola Oreo tu diselaputi coklat sepenuhnya. 

5. Simpan balik dalam peti sejuk, nak bagi coklat tu keras.

6. Coklat dah keras? Ape lagi.. ngap lah! thehee.


Amacam, clear tak resepi ni? 
Kalau tak clear atau ada sebarang kemusykilan, boleh komen kat bawah entri ni.
Sebagai seorang yang sudah berpengalaman membuat Oreo Truffle ni sebanyak sekali.. I.Allah boleh
merungkaikan kemusykilan mu itu.. cewah ;)


Semoga bertemu lagi di entri akan datang.. chow!


*****
Hari ni 15 Sya'aban 1436H. Dapat 'buku amalan' baru. Ya Allah, aku berazam untuk mencantikkan 'buku amalan' ku itu dengan perkara yang baik2 sahaja. Jauhkanlah daku dari sebarang anasir yang tidak baik sama ada dari persekitaran (termasuk orang-orang di sekeliling ku) atau dari diriku sendiri. Semoga kami semua hidup di bawah lembayung rahmat-Mu dan sentiasa mendapat keredhaan-Mu. Dan semoga pengakhiran hidup kami adalah pengakhiran yang baik. Ameen.

Selalu kita terlupa, malaikat Raqib dan 'Atid sentiasa berada di bahu kanan dan kiri setia mencatit amalan kita tanpa alpa. Mari kita bersama-sama beri banyak 'kerja' pada malaikat Raqib yang tugasnya mencatit amal baik itu.

Ramadhan is just around the corner. Tak sabarnya nak bertemu bulan Ramadhan!




No comments: