Saturday, August 8, 2015

MUST HAVE COMPONENTS TO UPDATE BLOG FREQUENTLY.

Anda ada blog?
Tapi jarang update?
Mahu tahu rahsia untuk kekal mengemaskini blog?

Mari cek jika anda ada ini:

1. Idea
2. Laptop/ tablet (any device yang membolehkan kita update blog)
3. Internet
4. Masa/ segumpal kerajinan untuk menaip.
5. Idea

1. Idea - Idea boleh datang dari pelbagai cara. Mungkin ianya datang dari isu semasa, rutin harian anda, hobi/ minat anda. Contohnya, idea itu mungkin datang dari isu semasa seperti rombakan kabinet, TSMY digugurkan dari senarai ahli kabinet, ZH dilantik menjadi timbalan perdana menteri, NR mendapat derma sebanyak 2.6m di mana wang tersebut dimasukkan terus ke dalam akaunnya (ooppss!), penemuan bahagian pesawat MH370, sambutan Aidilfitri 2015/1436H,  kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi, apa yang anda telah lakukan pada hari ini dan minat anda terhadap koleksi hot wheels.

2. Laptop/ tablet/ smartphone - Ianya sangat penting kerana, helloo how are you going to turn your ideas into words without such devices..? hehe.. Ok, guna pen dan kertas pun boleh.. Kadang-kadang, idea tu datang secara tiba-tiba, jadi adalah disarankan untuk draf dulu idea anda dengan menaip di laptop/ tablet/ smartphone sebelum idea itu hilang. Atau, jika anda akses internet.. boleh terus taip di blog.

3. Internet - Ini bahagian yang sangat penting kerana hanya dengan adanya internet, anda boleh akses blog anda. Dengan adanya internet, anda boleh copy draf idea anda yang telah ditaip, dan paste it into your blog & publish! Siap.

4. Masa/ segumpal kerajinan untuk menaip - Kenapa segumpal saje, bukan bergumpal-gumpal? Ok, bergumpal-gumpal pun boleh. Point nya, mesti ada masa/ kerajinan untuk menaip. 

5. Idea - Aikk, awat ada idea lagi?? Kadang-kadang, idea tu datang semasa kita sedang menaip di blog. Ini namanya, idea yang datang kemudian.. pandai-pandai je aku bagi nama.. hehhe



Happy blogging! 


No comments: