Saturday, January 30, 2016

KONSISTEN.

Sudah dua kali aku ditegur oleh boss aku, katanya;

"Eh, kenapa kau makin cun sekarang ni ye? Haa ni mesti dah ada boyfriend nii.."

"Kau nampak makin putih laa, pakai produk apa? Pakai qu puteh eaa..??"

Seperti biasa, teguran sebegitu cuma disambut dengan sengihan dan jawapan "eh mana ada.. sama je la.."

Sebenarnya, aku pun perasan yang kulit wajah aku sudah semakin putih dan berseri-seri berbanding sebelum-sebelum ni (dari jauh nampak macam flawless tapi sebenarnya ada je bintik2 jerawat yang degil.. huhu). Aku masih memakai produk yang sama sejak beberapa tahun yang lalu. Bezanya, kali ini aku memakai produk tersebut secara konsisten. Aku percaya ini adalah kesan daripada pemakaian produk tersebut secara konsisten.

Membersih, menyegar dan melembap merupakan tiga rejim penjagaan kulit wajah yang aku cuba amalkan secara konsisten sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini aku selalu mengabaikan rejim penjagaan kulit wajah tersebut. Alhamdulillah, ianya menunjukkan hasil yang baik. Wajah semakin berseri, keyakinan pun In Shaa Allah semakin bertambah.

Sebenarnya untuk entry ini, aku cuba untuk mengetengahkan perkataan 'konsisten'. Jika kita hendak mencapai sesuatu, kita mesti ada sikap konsisten. Percaya atau tidak, konsisten atau nama lainnya 'istiqomah' adalah kunci kepada kejayaan. 

Contohnya; jika kita hendak mendapatkan tubuh badan yang 'fit', sudah pasti kita akan merencana sesuatu untuk mendapatkan tubuh badan sebegitu. Kita akan menjadi lebih rajin untuk bersenam serta mengamalkan pemakanan yang sihat demi mendapatkan tubuh badan yang 'fit'. Tetapi adakah dengan bersenam sekali dua sahaja kita akan mendapat hasil yang diinginkan? Sudah semestinya tidak. Sekurang-kurangnya kita perlu bersenam tiga kali dalam seminggu, 30 minit untuk setiap sesi. Ianya perlu dilakukan secara konsisten, maksudnya perlu dilakukan secara berterusan (jangan terus ditinggalkan) untuk ianya menampakkan hasil.

Contoh lain yang lebih pendek dan lebih mudah difahami, cuma dalam satu ayat sahaja;

Seorang pelajar yang mahu mendapatkan Anugerah Naib Canselor di akhir pengajiannya perlulah konsisten mendapatkan Anugerah Dekan dalam  setiap sem pengajiannya.

Amacamm, mantopp tak contoh yang aku bagi ni?? Boleh buat korang yang bergelar pelajar ni terinspirasi tak?? Hehe..

Okaylah, sekian sahaja entry pada kali ini.