Sunday, February 14, 2016

PERAPAN AYAM UNTUK NASI AYAM.

Nasi ayam merupakan salah satu makanan kegemaran aku. Lagi-lagi jika ibu yang memasaknya.. hmm memang nyumss sangat! Hehhe.. Entry ini cuma fokus kepada penyediaan ayam perap sahaja ye. Mungkin lain kali aku akan buat entry yang fokus kepada penyediaan nasi nya pula. Ok, jum lihat resepi :)

Bahan2:

1- 1 inci halia
2- 2 labu bawang merah (besar)
3- 4 ulas  bawang putih
4- Lada hitam (terpulang nak letak banyak mana)
5- Kicap



Cara2:

Tumbuk kesemua bahan 1 hingga 4 di atas dan ratakan pada potongan ayam yang telah direneh. Kemudian ratakan kicap pula (lagi banyak kicap, lagi hitam & lagi kelihatan menyelerakan.. hehe). Perap dalam 15 minit, kemudian goreng dan sedia dinikmati bersama nasi ayam. Bahan2 di atas adalah cukup untuk memerap 10 potongan ayam. Nak blend bahan2 tu pun boleh, cuma nanti banyak pula airnya.

Itu sahaja cara-caranya. Ringkas kan? Nanti boleh cuba, ok? :)


No comments: