Saturday, February 13, 2016

PIZZA ROTI.

Salam & good morning! :)

Senang direct to the point je, iye dokk? Ok, let's start!

Menu sarapan: Pizza Roti

Bahan2:

Sosej
Roti buku
Marjerin
Sos spaghetti
Daun oregano kering
Keju mozarella

Cara2:

1. Sosej. Potong sosej secara menyerong. Sebenarnya potong bentuk macam mana pun tak apa. Potong menyerong tu bagi nampak macam berseni sikit.. hehhe. Lepas potong, celur dalam air panas. Biarkan.

2. Roti buku. Roti bentuk empat segi tu la, yang selalu buat sandwich tu. 

3. Marjerin. Ratakan marjerin di atas permukaan roti.

4. Sos spaghetti. Ratakan sos spaghetti di atas lapisan marjerin. Kemudian susun sosej yang telah dicelur dalam air panas tadi ke atas lapisan sos spaghetti. Selepas itu, ratakan sedikit sos spaghetti di atas setiap sosej.

5. Daun oregano kering. Taburkan daun oregano kering di atas lapisan sosej.

6. Keju mozarella. Ini bahagian yang paling menarik! hehhe.. Taburkan keju mozarella. Terpulang nak tabur banyak mana, lagi banyak lagi sedapp! 

Kemudian bakar di dalam oven sehingga keju mozarella tu cair. Suhu? Tak kisah, asalkan boleh membuatkan keju tu cair. Aku set suhu 200 darjah celcius, bakar dalam 5 minit.

Ini hasilnya; memang nyumss! Kalau makan time panas2 baru keluar oven, lagi nyumss!

Fresh from the oven.

Nyumss!



Resepi ni sangat mudah. Boleh ajak anak2 untuk cuba buat sekali.. pasti anak2 seronok.. hehee.. selamat mencuba ye! :)

No comments: