Wednesday, February 3, 2016

EVIL THOUGHT VS SUARA KEDUA.

Korang sedang duduk di bangku dalam sebuah shopping kompleks tiba- tiba seseorang yang bertubuh besar melintas di hadapan korang;

Apa ayat spontan korang? 
(kebiasaannya monolog dalaman, cuma terlintas di dalam hati/ fikiran korang)

"Eh gemuknya orang tu!"
"Eh sendatnya baju yang orang tu pakai. Dah tahu gemuk, pakailah baju yang besar sikitt"

Kemudian seseorang yang bertubuh kurus kerempeng pula melintas;

"Kurus kerempengnya mamat/minah ni!"
"Macam tak cukup protein pun ada juga.."

Kemudian melintas pula tiga orang gadis remaja, mereka berbual dan bergelak ketawa dengan kuatnya;

"Apalah diorang ni, cakap kuat- kuat macam nak bagitahu cerita dia kat semua orang yang ada dalam shopping kompleks ni je"


Pernah tak korang ter-monolog dalaman evil thought macam contoh-contoh kat atas ni?
Mesti pernah kan.. hehehee

Ber-monolog (dalaman) itu tidak salah. Ianya seumpama korang express apa yang korang nampak, di dalam hati/ fikiran sendiri. Tanpa memberitahu sesiapa pun. Itu adalah normal.

Aku fikir, orang yang paling berfikiran positif di dalam dunia ni pun selalu ber-monolog (dalaman) macam contoh kat atas tu. Monolog (dalaman) perkara yang negatif atau having an evil thought. Tapi apa yang membuatkan mereka kelihatan sebagai seseorang yang berfikiran positif ialah, mereka counter back balik in a positive way. Dan itulah yang mereka express secara terbuka. Means that, orang yang berfikiran positif akan simpan negative/ evil thought mereka at the back of their mind and speak out only positive things. Sounds hypocrite? Mungkin ada sikit hipokrit di situ, bagaimanapun orang yang berfikiran positif tidaklah terus mengenepikan perkara negatif/ evil yang terlintas di fikiran mereka cuma mereka  hoping for the best and respond in positive way.

Aku pun pernah juga apa bermonolog dalaman evil thought macam contoh kat atas tu, selalu. Bagaimanapun, ianya akan disusuli dengan suara kedua. Aku gelarkannya sebagai suara kedua. Mungkin ahli psikologi guna term lain untuk suara kedua ni. 

Jadi, apa itu suara kedua?

Dalam kamus aku, suara kedua ni merupakan suara yang mematahkan monolog dalaman yang negatif / evil tu. Selalunya ia disertai dengan perasaan emphaty iaitu kita meletakkan diri kita di dalam situasi orang lain. contohnya;

"Eh gemuknya orang tu!"
Suara kedua menyusul; Esh tak baik cakap macam tu. Walaupun itu adalah fakta sebab memang betul orang tu gemuk tapi kita tak tahu, mungkin orang tu sebenarnya sedang berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

"Eh sendatnya baju yang orang tu pakai. Dah tahu gemuk, pakailah baju yang besar sikitt"
Suara kedua menyusul; Mungkin itulah baju yang paling besar saiznya yang ada di kedai, dan orang itu juga sudah buntu untuk mencari baju yang sesuai untuk dirinya.

Perasan tak.. setiap kali ada perkataan monolog, aku akan letak perkataan dalaman?

Kenapa?

Sebab untuk entry ni, aku fokus kepada monolog dalaman.

Buat pengetahuan korang, monolog ni terbahagi kepada dua; monolog dan monolog dalaman.

1. Monolog: Bercakap kepada diri sendiri, kita dapat dengar suara kita sendiri. Orang yang duduk bersebelahan kita mungkin dapat dengar apa yang kita katakan namun ianya tidak jelas.

2. Monolog dalaman: Internal thought. kita bercakap dalam hati/ fikiran. Orang lain tak dapat dengar  apa yang sedang bermain di hati/ fikiran kita. Tapi tak tahulah kalau orang tu ahli psikik, boleh baca apa yang ada dalam fikiran kita.. huishh scary je kalau ada yang boleh baca apa dalam fikiran kita ek? hahhaa


Baiklah, sekian sahaja entry untuk kali ini.. chouu!


No comments: