Saturday, June 25, 2016

LIRIK | AINAN TASNEEM - AKU SUKA DIA

Good morning!


Setelah sekian lama tak on laptop, pagi ni iols terasa rajin pula untuk on laptop. Mana tak rajinnya, iols nak (baca: terpaksa) transfer some file dari memory card phone ke laptop ni haa. Alang- alang dah on laptop tu, iols pun mengambil kesempatan ini untuk mencoret sepatah dua kata di blog yang sudah lama tidak ku jenguk ini.. hihhii

Iolss terpaksa transfer/ delete some files yang ada di memory card phone disebabkan phone iolls tu asyik memory full je. Bila dicek, haa mana tidaknya memory full.. segala barang tok kaduk dari hari pertama iols pakai phone ni masih ada dalam ni haa. Semalam iols dah transfer gambar, pagi ni nak transfer/ delete lagu pula. Banyak betul lagu lama, sangat tak up-to-date ye pilihan lagu iols ni.. ekekee

Jadi, di sini iols mahu mengetengahkan lagu yang menjadi halwa telinga iols sejak tahun 2012. Ceritanya, time tu iols ada crush dekat salah seorang staff di tempat iols praktikal. Lepas tu terdengar pula lagu ni kat phone adik, rasa macam sesuai pula dengan situasi masa tu. Padahal yang sama tu cuma dua line kat rangkap pertama tu je.. uhuks! Ok, itu je cerita dia.. Jangan main- main, Iols menaip sambil dengar lagu ni tau, nak ambil feel kekononnya.. kejap lagi nak delete nak masukkan lagu-lagu baru je.. Iolss tak plan nak berlama-lama kat sini, ok jum kita layan lirik.. zass!


Aku lihat dia disana

Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

No comments: