Saturday, October 1, 2016

Kita semua orang-orang penting.

Aku suka baca artikel.
Tak kira la berkenaan apa, aku baca semuanya.
Selalu terfikir, bagaimana si penulis menyusun ayat dengan begitu cantik sekali
untuk sesebuah artikel.
Bagaimana mereka memasukkan elemen humor di dalam penulisan mereka.
Aku nak juga menulis dengan baik seperti mereka.
Blog inilah medan untuk aku praktis menulis.
Walaupun aku cuma menulis perkara yang boleh dianggap remeh;
Tak apa, start small.

Ok, itu baru intro.
Sebenarnya nak bagitahu yang aku baru sahaja berjaya habis tengok drama
Descendant of the Sun (DOTS).. yeahh!
Yela, tahu.. korang dah lama habis tengok drama tu.
Yang penting sekarang ni, aku dah habis tengok DOTS.
Sementara drama ni masih fresh di mindaku ini, aku nak buat conclusion la sikit.
Ini adalah general conclusion.. mungkin tiada kena-mengena dengan DOTS pun.

---------------------

Tentera juga manusia biasa yang memerlukan kasih-sayang.
Tak kiralah betapa ketatnya muka mereka, betapa gagahnya susuk fizikal mereka,
betapa kasarnya cara mereka.
Mereka masih manusia biasa yang masih punya hati dan perasaan, yang punya 'taman'
di dalam hati mereka.
Hargailah mereka kerana merekalah barisan paling hadapan yang menjaga dan memastikan
kita hidup dengan aman di dalam negara yang tercinta ini.

Begitu juga dengan doktor.
Merekalah 'jurutera' tubuh manusia, yang berhempas-pulas di dalam memastikan pesakit
mereka mendapat rawatan yang terbaik.
Mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.
Tahu tak, memaklumkan perihal kematian kepada keluarga si mati bukanlah perkara mudah?
Ianya memerlukan kekuatan yang bukan datang dari kekuatan fizikal, tetapi kekuatan dari
segi psikologi.
Hargailah mereka kerana merekalah yang selalu mengorbankan masa untuk merawat pesakit
yang tidak putus-putus tanpa mengira waktu.

Hargailah & hormatilah juga mereka di sekeliling anda regardless of their profession.
You know what, semua pekerjaan di dalam dunia ni adalah penting.
Tukang cuci, tukang kutip sampah, tukang turap jalan, tukang kebun, pengawal keselamatan,
pemandu, operator pengeluaran, eksekutif, pengurus operasi dan lain-lain.
Mereka semua adalah orang-orang penting.
Kita semua adalah orang-orang penting.


Itu sahaja buat masa ni, see you in the next entry on the topic 'First Impression' :)


No comments: