Friday, September 9, 2016

Rant on Korea Thang.

Sebelum tu aku nak buat satu confession,

Aku sayang blog ni.
Sungguh.
Sebab tu, aku kembali ke sini walaupun last entry was like 2 months ago.
Ceitt!

Alright, cut that out.

Another confession,

Aku bekas peminat tegar korea's thang.
Artis korea, drama korea, game show korea, lagu korea semua aku layan.
Fangirling over artis korea, huh tak payah cakaplah.
Aku minat Max (DBSK), Dong Woon (BEAST), Jong Hoon (FT ISLAND) and many more.
Aku tak pernah ke konsert artis korea.
Aikk kata peminat tegar? Tapi tak pernah pergi konsert artis korea?
Ye, peminat tegar. Bukannya peminat fanatik.
Paling kuat pun aku beli barang2 related to korea thang kat satu kedai dalam Times Square.
Itu je.
Kawan aku ada yang fanatik sampai pergi konsert.
Harga tiket tak tercapai dek akalku, sampai beratus kut!
Masa diploma dulu masih budak2 lagi, tak tergamak nak berbelanja sampai beratus macam tu.
Paling best, aku ada banyak supplier korea thang ni.
Suppliers: classmate, coursemate, roommate, kawan kepada roommate.. eh ada jugak?
Itu dulu la, masa zaman amik diploma dulu.

Masuk zaman amik degree, semua tu dah slow.
Ye la, dah berpisah dengan suppliers.. huhu
Memang slow down la.
Time praktikal pun tak layan korea.
Dah start kerja pun tak layan korea.
Kalau layan pun, layan gitu2 je.. throwback zaman diploma gitu.
External harddisk aku yang penuh dengan korea thang tu dah tak boleh nak open.
Arggh sebenarnya agak terkilan juga tau.
Ko bayangkan, penat kut aku duk kumpul cerita korea untuk buat 'bekal' lepas abis diploma.
Ah tak nak ingat lah.

Bila aku throwback balik perkara related korea thang ni, aku boleh tersenyum sorang2.
Kelakarlah, what have I done back then??
Aku sepatutnya join kawan2 aku pergi konsert artis korea!

Ahh yang ni aku ada rasa bersalah sikit:
Aku menyalahgunakan wifi kolej.
Aku selalu guna wifi kolej untuk tengok video artis korea kat youtube.. hiks!

Semuanya kini tinggal kenangan.
Ianya akan menjadi sesuatu yang boleh digelakkan di kemudian hari.

Oh, aku belum cerita lagi.
Aku terjebak dengan korea thang ni sebab roommate aku pun minat juga.
Antara lagu korea terawal yang aku tahu:
Balloon (DBSK)
U (SUPER JUNIOR)

Ok, that's all for now.
Next entry, I'll rant on korea drama - Descendants of the Sun (best siut drama ni!)

No comments: